Thursday 15 August 2013

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan maklum tentang masalah pendatang asing di Sabah sejak 1970-an namun ditegah oleh partinya, Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) untuk membawa isu berkenaan kepada umum.
Beliau memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah bahawa beliau pernah ditanya oleh seorang wartawan tentang isu berkenaan pada 1977.
"Saya menjelaskan masalah itu adalah di bawah urusan kerajaan persekutuan dan merekalah yang harus menyelesaikan isu itu," jelas Pairin kepada lima panel inkuiri.
Saksi yang ke 199 itu berkata sebaik beliau pulang ke Sabah, beliau telah diingatkan oleh pemimpin atasan Parti Berjaya. Pada ketika itu, Pairin merupakan pembantu kepada setiausaha agung parti yang diketuai oleh Tan Sri Harris Mohd Salleh dan Ketua Menteri Sabah ketika itu dari 1976 hingga 1985.
"Saya tidak pasti sebab saya diperingatkan sedemikian namun difahamkan isu pendatang asing yang diberikan kad pengenalan yang kemudian diarah untuk merahsiakannya," kata ahli politik veteran itu kepada RCI.
"Pendatang asing membanjiri Sabah tanpa sebarang dokumen dan mengundang pelbagai masalah kepada penduduk tempatan. Mereka merampas pekerjaan warga tempatan, merusuh di sesetengah tempat di Kota Kinabalu dan mencalar imej negeri," kata Pairin.
Katanya, beliau memaklumkan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada hujung 1980-an mengenai isu pendatang asing di Sabah.  Pada masa itu, Pairin baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-7.
Pairin pernah mengadakan program pengampunan untuk pendatang asing di Sabah iaitu permit kerja dikeluarkan jika mereka membuktikan digaji oleh majikan warga Malaysia.
"Program yang dilancarkan pada Jun 1988 dengan lebih 60,000 pendatang asing diberikan permit untuk bekerja secara sah di Sabah. Namun,  Jabatan Imigresen mengetahui hal itu dan menamatkan program berkenaan,” katanya.
Pairin mendakwa cadangan mengadakan program seumpama itu mendapat reaksi negatif dari kerajaan persekutuan.
Beliau turut menambah kemenangan tipis Parti Bersatu Sabah pada pilihan raya negeri 1994 adalah disebabkan pengundi hantu.
Katanya, pengundi hantu adalah pendatang asing yang mempunyai kad pengenalan palsu.
"Kami membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan meminta untuk membuang nama yang meragukan. Namun,  nama itu muncul semula dalam pilihan raya seterusnya.
"Pada 2007, ketika PBS kembali kepada BN, kami bertemu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beliau menyatakan masalah pendatang asing ini perlu ditangani kerana mengancam keselamatan dan kedaulatan Malaysia,” katanya. – 15 Ogos, 2013.
sumber : Malaysiakini

Wednesday 14 August 2013

Pemuda PAS mengutuk tindakan kumpulan penganut Buddha yang dilaporkan menggunakan satu surau di sebuah resort di Johor untuk satu upacara keagamaan.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohamad Nor berkata, perbuatan seperti itu menunjukkan Islam disamakan dengan agama lain, yang didakwa mengandungi unsur "pluralisme yang sesat dan terkeluar daripada Islam".
NONE"Islam sama sekali melarang penganut agama lain menggunakan rumah ibadatnya seperti masjid atau surau sebagai tempat ibadat penganut agama lain. Ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam," katanya dalam satu kenyataan.
Riduan seterusnya menggesa kerajaan menyiasat dan mengenakan hukuman berat terhadap pemilik resort itu jika beliau didapati bersalah.

"Pemilik resort wajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya beliau bersalah kerana gagal menjaga insititusi agama sepenting surau dari dijadikan tempat sembahan penganut agama lain.

"Ia juga sebagai pengajaran buat semua rakyat Malaysia agar menghormati rumah-rumah ibadat yang sedia ada," katanya lagi.
Kenyataan itu timbul ketika para ilmuwan Islam menyuarakan gesaan agar pihak berkuasa menangani kes berkenaan dengan wajar termasuk dengan “dialog antara agama” dan bukannya mengambil tindakan keras.
Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan kumpulan penganut Buddha pada Sabtu lepas.

Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake semalam memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha tersebut.






sumber : MalaysiaKini
Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat Georgetown, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian pukul 4 petang itu.

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Georgetown.

Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya. 

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan.

Sumber : Bernama

Tuesday 13 August 2013

Perlakuan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu kasih bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM 2800 atau dua bulan penjara kerana berkhalwat. Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19 dari besut Terengganu menghadapi pendakwaan mwngikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001. Dia dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa syariah bersama teman lelakinya di sebuah bilik di rumah tumpangan dekat sini kira-kira 1.30 pagi, 10 Februaru lalu.
Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut. lelaki terbabit pula yang dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30 hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik. Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim. Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum ini. Turut dirampas pakaian dalam bilik Nurul sebagai bahan kes.
Dalam kes berasingan di Mahkamah Rendah Syariah, seorang pemandu lori, Md Zaid Abdullah, 33 dari Kuala Abang Dungun berhadapan satu waran tangkap kerana kegagalannya hadir untuk menghadapi pendakwaan pertuduhan khalwat. Dia ditangkap pegawai penguatkuasa syariah ketika berada di sebuah bilik hotel di Jalan Baru Pak Sabah bersama seorang wanita bukan muhrim kira-kira jam 1.05 pagi, 10 Februari lalu.
pasangannya, Noor Aishah Osman, 29 bagaimanapun hadir untuk mendengar pertuduhan lalu dengan denda RM2700 atau dua bulan peenjara setelah mengau bersalah diatas kesalahn mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Terengganu 2001.
sumber : kuala lumpur post


Monday 12 August 2013


LAHAD DATU: Ketua Pengarah Kawasan Kese-lamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek semalam  menafikan laporan media Filipina kononnya lapan anggota tentera Malaysia terbunuh dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini.
Sambil menyifatkan ke-nyataan kumpulan yang mendakwa kesultanan Sulu di akhbar negara itu baru-baru ini sebagai propaganda dan tidak berasas, beliau berkata sejak gerakan ofensif pasukan keselamatan terhadap pengganas Sulu yang menceroboh Kampung Tanduo di sini Februari lepas, tiada pertempuran lain antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas Sulu.
“Bagaimana mereka (Kesultanan Sulu) boleh membuat dakwaan itu apabila tiada pertempuran berlaku. Dakwaan itu tidak berasas,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi semalam.
Mohammad diminta mengulas laporan beberapa akhbar Filipina baru-baru ini kononnya berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata Sulu yang mengorbankan lapan askar Malaysia.
Mohammad berkata laporan itu bertujuan untuk mencerminkan keadaan di negeri Ini tidak stabil selain usaha untuk membangkitkan kekacauan.
Pada 19 Jun, Mohammad menolak laporan akhbar Filipina kononnya berlaku Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kira-kira 400 militan Sulu di Kampung Dengan Tungku berhampiran Lahad Datu.


sumber : BorneoPost Online
MIRI: Keghairahan sekumpu­lan empat kanak-kanak per­empuan mandi-manda di sungai berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas, selepas berjaya menye­lamatkan anak saudaranya yang hampir lemas dalam kejadian berlaku di Sungai Lio Mato, Hulu Baram, di sini petang kelmarin (Ahad).
Mangsa yang lemas dike­nali Filicia Ubong Bilong, 12, berketurunan Kenyah dari Kampung Lio Mato, Hulu Baram.
Menurut bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Bilong, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin (Ahad), Filicia yang merupa­kan murid tahun enam di SK Lio Mato sedang mandi-manda sambil bermain tayar besar untuk dijadikan pelampung bersama tiga rakan di sungai berkenaan.
Ketika mandi-manda, anak saudara mangsa yang berusia sembilan tahun dipercayai terlepas pegangan pada tayar tersebut menyebabkan dia hampir tenggelam kerana tidak pandai berenang.
“Melihat keadaan itu, Filicia yang pandai berenang segera menyelamatkan anak saudaran­ya yang hampir tenggelam dan berjaya menyelamatkannya, namun selepas itu, dia sendiri yang tenggelam dan lemas,” ka­tanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Selepas melihat mangsa tenggelam, seorang daripada rakannya terus memaklumkan penduduk kampung tentang insiden itu.
Serentak itu, gerakan men­cari dan menyelamat mangsa dilakukan oleh bapanya sambil dibantu penduduk kampung yang lain.
“Kami menaiki bot hingga ke tengah sungai dan meng­gunakan jala untuk mencari mangsa.
“Setelah hampir sejam men­cari, akhirnya kami menemui mayat mangsa di tengah-ten­gah sungai, tidak jauh dari tem­pat dia tenggelam,” katanya sambil memberitahu mangsa merupakan anak bongsu dari­pada enam beradik.
Mangsa kemudian dihantar ke klinik kesihatan berham­piran namun tidak dapat diselamatkan.
Setelah itu, sekitar jam 9 malam, bapa mangsa dengan bantuan saudara-mara telah membawa mayat mangsa ke Hospital Miri dan tiba di sini jam 5 pagi semalam untuk tujuan pemeriksaan lanjut na­mun disahkan telah meninggal dunia akibat lemas.


sumber : BorneoPost Online



wate

Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.
Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu. Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik berkata, wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.
Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.
Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.
“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya. Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.
Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.
“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan. “Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.
“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.
Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.
“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.
“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya.

sumber : KualaLumpur Post
KOTA KINABALU: A local woman and her two nieces were taken on a scary ride in her own car on Sunday after two unidentified men got into the car and drove it off in front of a supermarket here.
The incident happened when the woman and her nieces were said to be waiting in the Proton Saga car while the boyfriend went to buy some groceries at Tong Hing Supermarket around 9.30pm.
One of the carjackers took the driver’s seat while the other got into the back seat, where the teenage girls were.
The woman’s boyfriend saw the incident and tried to give chase but the carjackers quickly sped off.
The carjackers then dropped the woman, who reportedly sustained facial injuries after putting up a struggle with the carjackers, and her nieces by the roadside at Kolombong Road, near Fook Yuen restaurant, and sped off.
A passer-by who saw the woman and two teenage girls waving for help came to their aid.
A police report was lodged by the victims on the same day.


source : BorneoPost Online

Tuesday 6 August 2013

Love-struck boy caught under flight attendant’s bed

KUALA LUMPUR, Aug 6 — A 25-year-old air stewardess was stabbed several times by a teenager at her house in Taman Kota Warisan, Sepang, on Sunday.
The victim, Fadilah Rosman, was home alone when the boy, 15, entered her bedroom in the 10am incident. It is understood that both the suspect and the victim got into an heated argument before the boy stabbed the victim multiple times in the head and hands.
Sepang OCPD Supt Imran Abdul Rahman confirmed the incident.
“The incident occurred at around 10am. We believe the boy was taking revenge as the victim had lodged a police report against him in 2011 for stalking her, leading to his arrest the same year,” said Imran.
“The boy has been detained for further investigation. The case is being investigated under the Penal Code for causing hurt.”
The victim, meanwhile, is being treated at the Tuanku Ja’afar Hospital in Seremban.


PETALING JAYA: A photograph of two Malaysian cousins kidnapped by Filipino gunmen in Lahad Datu in November has surfaced, raising hopes that the two hostages are still alive.

A photograph of Chong Wei Fei, a 33-year-old plantation manager, and Chong Wei Jie, a 25-year-old assistant manager, was delivered by a contact to The Star Online via email on Thursday.

In the photograph, the two Chongs are seeing holding up a sign stating "March 7, 2013" while the kidnappers have their guns trained on them.

"The two hostages are asking why nobody has come to help release them. They are suffering from diabetis and hypertension," said a source in southern Philippines.

Sources negotiating for the release of the two cousins confirmed that the photograph is that of the two hostages.

According to the source, the hostages have been regularly moved from one hideout to another in Jolo island, southern Philippines since their abduction from a oil palm plantation, off Lahad Datu in the east coast of Sabah, more than eight months ago.

In a daring well-planned kidnap mission on Nov 13 last year, five men in military fatigues and armed with two M-16 rifles held up Wei Fei and Wei Jie while they were with their bosses and workers inspecting their bird's nest farmhouse at their oil palm plantation near Kampung Manakayan.

All were asked to hand over their mobile phones and valuables and ordered to leave the area while the gunmen marched the Chongs and two others, including a worker, for about 2km to the sea shore where a 10m boat waited.

The gunmen decided to take Wei Fei and Wei Jie with them and before speeding off to the Celebes sea, reportedly told the two others "ada wang no problem" (if you have money, there should not be any problem), for the release of the victims.

Sabah Police Commissioner Datuk Hamza Taib recently said that police knew both abductees were alive and wanted to re-establish contact that was disrupted in the wake of the Sulu armed group intrusion into Kampung Tanduo in Felda Sabah 17 in February.

Saying that it was vital to re-establish communications with the abductors, he said they were waiting for them to make some kind of a demand soon.

It is believed that the gunmen had agreed to a certain amount as ransom prior to the Sulu incursion but negotiations were abandoned when Malaysian troops launched the massive Ops Daulat to flush out the Sulu armed group from Sabah soil.

Although police roughly knew the location were the group operated from, they faced difficulty in moving forward as they kidnap victims were in Philippines territory.

Previously, kidnap victims in the hands Filipino gunmen were released with the engagement of professional negotiators who had contacts with the armed group linked to Abu Sayyaf militants.

A couple of million ringgit was spent on ransom and months negotiations in securing the release of two seaweed farmers kidnapped from Pulau Sebangkat off Semporna in 2010.

Similarly, when the Abu Sayyaf group kidnapped 23 people, including foreigners and Malaysians, from the diving resort of Sipadan in 2000, millions were paid for their release.

source : The Star Online
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ewon Ebin berkata, pemilik laman sosial Facebook yang menghina agama Kristian dan Jesus sudah dikesan.

    Anggota Parlimen Ranau itu berkata, identiti pengendali itu dikesan setelah pihaknya mengambil maklumat penuh profilnya di Internet daripada Cyber Security, agensi pakar keselamatan siber kementerian.

    NONEMenurut kenyataannya lewat malam tadi, siasatan juga mendapati, terdapat beberapa orang disyaki mengendalikan laman itu dan seorang daripadanya beralamat di Gombak, Selangor.

    Ewon (kiri) berkata, laporan polis juga dibuat di Kota Kinabali kelmarin ekoran artikel yang dimuat naik ke Facebook dikenali "Semenanjung Malaysia Anti Sabah & Sarawak" yang disifatkannya biadap, berbaur perkauman dan menyentuh sensitiviti agama.

    Menurut Ewon, ia antaranya menyiarkan gambar Jesus yang digantung pada tiang elektrik, yang baginya cuba mencetuskan hubungan tidak baik antara masyarakat Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.

    Sementara itu, tinjauan Malaysiakini di laman itu mendapati ia menerima sebanyak 584 "like" setakat tengah hari tadi.

    Ia dipenuhi dengan kata-kata cacian serta gelaran binatang terhadap masyarakat di Sabah dan Sarawak dan agama Kristian.

    Selain memaparkan gambar Jesus digantung pada tiang elektrik, ia turut memuatkan gambar seekor katak dan monyet yang disalibkan.

    Laman ini sudah tidak dapat ditemui apabila tinjauan dilakukan semula dua jam kemudiannya.

    Kewujudkan laman itu mengundang kecaman hebat pengguna Facebook yang rata-rata tidak senang dengan pendekatannya, termasuk penganut agama lain, termasuk Islam.
MIRI: Seorang nenek dan cucu perempuan terpaksa berdepan detik cemas lebih satu jam dengan mengurung diri di dalam sebuah bilik, apabila kediaman mereka diceroboh penjenayah dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Senadin, di sini malam kelmarin.
Penjenayah terbabit dipercayai telah memecah masuk ke rumah terbabit sekitar jam 11 malam melalui pintu masuk utama.
Bagaimanapun, nenek terbabit yang berusia lingkungan 50-an dan cucu perempuan berusia 16, tahun bernasib baik kerana penceroboh terbabit tidak menyedari kewujudan mereka yang bersembunyi di dalam bilik berkenaan.
Manakala penceroboh terbabit leka menyelongkar ruang tamu dan dua bilik lain di rumah tersebut untuk mencari barang berharga.
Menurut sumber, ketika bersembunyi, kedua-dua mangsa berjaya menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan.
“Kami dapat mendengar derap kaki penjenayah berjalan di dalam rumah.
“Kami merasa amat takut dan bimbang kalau-kalau penjenayah terbabit mengapa-apakan kami serta berharap mereka tidak masuk ke bilik tempat kami berdua bersembunyi,” kata nenek terbabit yang enggan namanya disiarkan.
Berikutan itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan terperinci.
Siasatan awal mendapati penjenayah terbabit hanya berjaya melarikan satu unit komputer riba dan lima botol arak dari rumah mangsa.


sumber: http://www.theborneopost.com

SRI AMAN: Seorang lelaki yang disangka seekor rusa maut setelah terkena tembakan senjata api daripada rakannya sendiri ketika sedang memburu di hutan di kawasan Gayau, Pantu, kelmarin.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Pantar, 50-an, dipercayai terbunuh sertamerta di tempat kejadian jam 12 tengah hari setelah terkena tembakan di kepala dan perut.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama tiga lagi rakannya dikatakan bergerak secara berkumpulan menuju ke kawasan hutan untuk memburu.
“Apabila mengesan kehadiran rusa di kawasan berbukit, mereka kemudiannya berpecah di mana mangsa dikatakan sudah memasuki kepungan bulatan itu,” katanya di sini semalam.
Menurutnya, pada waktu itu cuaca mendung dan salah seorang rakan menyangka bahawa mangsa (Pantar) seekor rusa lalu melepaskan tembakan.
“Rakan mangsa kemudian memanggil dua lagi rakan mereka untuk mendapatkan ‘rusa’ itu namun terkejut apabila mendapati bahawa mangsa sudah meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan perut,” katanya.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat.
Sementara itu, rakan mangsa kini ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintenden Mat Jusoh Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.


Hakim siasatan Perancis yang menyiasat dakwaan sogokan dalam jualan dua kapal selam kelas Scorpene - oleh DCNS, pembuat kapal berpangkalan di Paris, kepada Malaysia - juga menyiasat kemasukan tiga individu ke negara itu sejak 1999, kata sumber.
Ketiga-tiga mereka Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu dikatakan ada melawat Perancis tetapi urusan masuk-keluar tidak direkodkan dalam dokumen imigresen.
Jasbir Singh Chahl, bekas broker, mendakwa rekod Perancis menunjukkan Altantuya tidak pernah memasuki Perancis dan tidak terlibat juga dalam rundingan itu.
Berdasarkan dokumen mahkamah Perancis bernombor 54, yang boleh diperoleh di Internet, hakim siasatan Scorpene mahu tahu sama ada ketiga-tiga nama di atas "dicatat pada fail rentas sempadan dan sama ada mereka melalui wilayah Perancis sejak 1999".
Sumber berkata, mahkamah telah bertanya perkara itu melalui faks bertulis kepada 'Staff of the Central Directorate of the Frontier Police'.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya sebuah badan pentadbir dan tidak mempunyai kuasa perundangan untuk memanggil jurulatih anjing Maznah Yusof atau "Chetz" tampil di hadapan mereka.
Justeru itu, peguam kepada Maznah, N Surendran dan Latheefa Koya ( gambar kiri ) berkata, Maznah tidak tertakluk sama sekali dengan perintah badan itu.
"Kami seterusnya menegaskan, sebarang arahan oleh Jakim bagi memaksa Chetz hadir menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan," kata mereka dalam kenyataan semalam.
Jakim semalam dilaporkan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan lanjut diambil terhadap Maznah berhubung video hari raya kontroversinya bersama tiga ekor anjing.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, Jakim dan pihak berkuasa agama negeri juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepadanya.

Proses soal siasatan terhadap kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bawah Akta Hasutan 1948 akan bermula esok.
Menurut kenyataan Suaram hari ini, anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel akan disiasat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya di Petaling Jaya pada awal petang esok.
Siasatan itu dipercayai berkaitan majlis kutipan dananya pada 19 Julai lalu yang mengetengahkan mengetengahkan peguam Americk Sidhu, yang mewakili penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
Acara makan malam itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk kes mahkamah di Perancis, berkaitan kes pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada 2002.
Pada majlis itu, Americk antaranya bercakap soal pembunuhan warganegara Mongolia Antantuya Shaariibu pada 2006.

Sunday 4 August 2013

Mahkamah Majistret Segamat memberi kebenaran kepada polis untuk menahan reman jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof selama satu hari sehingga tengahari esok.
Maznah, 38, disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menjejaskan keharmonian melibatkan agama serta Seksyen 4 Akta Hasutan.
Maznah yang juga dikenali dengan nama jolokan Chetz meraih kontroversi ekoran video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing yang dimuatnaik tiga tahun lalu, dan mendapat perhatian dan dilaporkan meluas oleh media sejak Selasa lalu.
Sementara itu peguam Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty memberitahu KiniTV hari ini bahwa pihak polis memohon untuk menahan reman Maznah selama empat hari tetapi majistret hanya membenarkan sehingga petang esok.
Katanya, polis harus melepaskan Maznah esok tetapi mereka boleh membuat permohonan untuk melanjutkan tahanan reman.
Bagaimanapun, Latheefa berkata, beliau tidak nampak sebarang sebab bagaimana mereka boleh berbuat demikian. [Baca berita penuh]
Sementera itu, Bernama melaporkan, Maznah telah dipindahkan dari Bukit Aman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, untuk siasatan lanjut berhubung kes itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata laporan pertama mengenai video itu telah dibuat di Segamat dan IPD Segamat akan mengambil alih siasatan itu.
"Kita telah pindahkannya hari ini. Semua laporan berkaitan dengannya akan diserahkan ke sana (IPD Segamat)," katanya kepada pemberita hari ini.
Semalam Maznah, 38, yang dikenali sebagai Chetz ditahan di cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
Mengenai perkembangan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, Mohmad berkata polis akan mengambil keterangan daripada isteri Hussain, Chong Mei Kuen, 49, setelah keadaannya pulih selepas cedera ditembak.
"Dia masih dirawat di hospital dan setakat ini sahaja perkembangan yang boleh saya berikan," katanya.
Dalam kejadian tiga hari lepas itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah apabila ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah kuil Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon.
Semalam, polis mengeluarkan gambar suspek dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun yang membawa suspek itu keluar daripada kawasan kejadian.
Beliau juga enggan mengulas sama ada insiden itu berkaitan dengan pembelian hartanah di kawasan tempat parkir mangsa ditembak.


Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.
Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi ( atas ).
Pengamal undang-undang itu mencadangkan Zaharuddin disiasat bawah fasal 82(1)(g) perlembagaan PAS, berkaitan tindakan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti.
Beliau merujuk tulisan Zaharudin di Facebook yang menjawab laporan sebuah portal berita yang mendakwanya mempengaruhi Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani watikah calon PAS Kota Damansara, yang kemudiannya menyebabkan pertembungan dengan PKR.
"Berdasarkan tulisan tersebut sangat jelas, terang dan nyata bahawa Saudara Zaharudin Muhammad menyebut dan membuat tuduhan terbuka bahawa ada unsur-unsur sabotaj dalaman semasa pilihan raya umum ke-13, malah usaha sabotaj tersebut bertujuan menjatuhkan presiden dan timbalan mursyidul am (Datuk Haron Din).
"Ini adalah suatu tuduhan yang berat secara terbuka yang boleh menyebabkan pelbagai spekulasi buruk terhadap mana-mana pimpinan PAS mahupun ahli-ahli biasa PAS dan secara tidak langsung memberikan imej negatif terhadap PAS sendiri," surat itu dipetik.
Malaysiakini sudah menghubungi Zaharuddin ( atas ) bagaimanapun belum terdapat reaksi diberikan setakat ini.


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!