Tuesday 29 October 2013

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah telah mengadakan perkhidmatan pemeriksaan fizikal kenderaan motosikal secara percuma ke atas pemilik kenderaan motosikal bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM/cukai jalan) yang tamat tempoh melebihi 1 tahun sempena program satu kominiti satu jpj (SKSJ) Tamparuli 2013 di Pekan Kiulu pagi tadi.
JPJ mengadakan perkhidmatan ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 12 tengahari dan seramai lebih 10 orang pemilik motosikal hadir untuk mendapatkan pemeriksaan percuma ini.
Tujuan program ini diadakan ialah untuk memudahkan orang awam yang untuk memperbaharui cukai jalan kenderaan motosikal yang telah tamat tempoh melebihi satu tahun tanpa hadir ke pusat pemeriksaan kenderaan.
Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan pada hari ini anda masih berpeluang untuk membuat pemeriksaan secara percuma dengan membawa motosikal berserta kad pendaftaran kenderaan motosikal di tempat dan masa berikut;
30.10.2013 ( Rabu ) Tamu Tamparuli 8:00 pagi
31.10.2013 ( Khamis ) Tamu Tenghilan 8:00 pagi

0 comments:

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!