Tuesday, 8 April 2014

KUALA LUMPUR 7 April - Malaysia berharap petunjuk terbaharu yang diperoleh kapal pertahanan Australia, Ocean Shield dan kapal peronda China, Haixun 01 dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 membawa ke arah penemuan yang lebih kukuh.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau lebih optimis berkaitan perkembangan terbaharu itu tetapi tetap berwaspada sehingga bukti sahih diperoleh.
Katanya, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia memaklumkan Ocean Shield mengesan dua isyarat getaran kira-kira 1,650 kilometer di barat daya Perth.
"Isyarat pertama dikesan kira-kira dua jam 20 minit manakala yang kedua selama 13 minit yang konsisten dengan transmisi perakam data dan perakam suara kokpit penerbangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Hishamuddin, Haixun 01 juga mengesan isyarat serupa sebanyak dua kali.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkaitan perkembangan terbaharu operasi SAR MH370 di Perth, pagi ini.
"Semua pihak diminta memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung perkembangan terbaharu ini," katanya.
Beliau berkata, perkembangan terbaharu itu merupakan petunjuk paling meyakinkan dalam misi mencari pesawat MH370.
"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia dan komuniti antarabangsa supaya terus berdoa dan tidak putus harapan.
"Kami akan meneruskan segala usaha untuk mencari MH370," katanya.

Sumber : Utusan



Friday, 8 November 2013

KUALA LUMPUR – Seorang tukang cuci yang juga orang kelainan upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan merogol, seks luar tabii serta merompak seorang wanita di dalam tandas, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Azhan Mohamad Johan, 27, yang pekak dan bisu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa isyarat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid.
Lelaki yang telah berkahwin itu didakwa bagi satu pertuduhan merogol dan dua pertuduhan melakukan seks luar tabii ke atas mangsa berusia 38 tahun itu di dalam tandas tempat kerja wanita berkenaan.
Dakwaan dibuat masing-masing mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan se batan jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian itu juga, Mohamad Azhan berhadapan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh disebat atau didenda di bawah Seksyen 392 kanun sama kerana me rompak mangsa sebanyak RM100.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bangunan di Jalan Tun Perak di sini antara pukul 7 pagi dan 7.15 pagi, 12 September lalu, menurut sumber Kosmo.
Timbalan Pendakwa Raya Nurmadiana Mamat mengen dalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili pe guam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan ke atas Mohamad Azhan dan menetapkan 27 November depan untuk sebutan melantik peguam.

Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro.

“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.
“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.

Wednesday, 30 October 2013

Tenom: Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di sini, yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka.
Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks.
“Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu.
“Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, pihak sekolah kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapa pelajar perempuan sebelum membuat laporan polis.
“Suspek ditahan dan ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Mazlan Lazim ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.
Harian Metro difahamkan, tandas lelaki di tingkat tiga sekolah berkenaan jarang digunakan pelajar – Hmetro Online

Tuesday, 29 October 2013


Anak kecil berusia 10 tahun di atas dirogol  lelaki 24 tahun. Setelah diberkas polis, suspek disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 12 sebatan ke atas pesalah.

Kakaknya, beusia 14 tahun tersipu-sipu ketika saya temui di rumah mereka di Kampung Lipat Sanggul, Bonggol, Kota Bharu, Kelantan.


"Siapa buat love bites di leher?," soal saya.

"Boyfriend lah," balasnya selamba sambil tersenyum. 

Teman lelakinya berusia 17 tahun dan sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Manakala di bawah ini gambar perut kakak sulung mereka berusia 16 tahun, masih di bawah umur.


Jam 11.21 pagi tadi dia dibangunkan pasukan polis diketui Ketua Balai Polis Pengkalan Chepa, Cif Inspektor Rostam Ayob bersama 9 anggota beliau.

"Mengandung berapa bulan?," tanya saya.

"Lima," jawabnya ringkas.

Gadis terbabit dilahirkan di Puchong, Selangor dan berpindah ke Kelantan setelah ibu dan ayah didakwa dilanda krisis rumah tangga. Ketika rumah diperiksa, dia sedang tidur manakala ibunya, berusia 34 tahun bekerja di gerai menjual makanan berhampiran Stadium Sultan Mohamad ke IV.

"Saya dah lebih setahun kenal dengan boyfriend sejak saya pindah ke sini mengikut emak," jelasnya.

Kelihatan berserabut, dia tiba-tiba menjadi sebak sejurus saya menjelaskan kepadanya berhubung Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


"Lelaki mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur samada dia bersetuju atau tidak jika aduan dibuat, lelaki itu boleh dituduh merogol. Perogol adik awak dah kena penjara dan disebat"

Tanpa berlengah dia bangun dan mendapatkan teman lelakinya berusia 17 tahun, sewaktu kami tiba, tidur bersebelahan adik perempuannya di ruang tamu.

"Kenapa selepas ditangkap Jabatan Agama Islam semalam, awak masih tidur di rumah ini?," soal saya kepada teman lelakinya berbaju hijau.


Dia hanya membisu. Lelaki di sebelahnya itu, anak angkat emak mereka dan keduanya mengaku memasukkan dadah jenis metaphetamine atau lebih dikenali sebagai 'pil kuda', kali terakhir 4 hari lalu.


Kedua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Kota Bharu untuk menjalani saringan ujian air kencing.


Sebelum teman lelakinya melangkah keluar dari rumah, saya terdengar gadis mengandung terbabit berbisik kepada teman lelakinya sambil air mata bergenang di kelopak mata.

"B! B! Macam mana ni?"

Namun teman lelakinya hanya mampu menundukkan kepala dan melangkah perlahan dengan tangan bergari.

Syahdu nian suasana.

Namun kejadian pada jam 8.50 pagi tadi di Kampung Pulau Gorek, Badang, lebih menyayat hati saya. Saya tidak tidur sejak jam 8 pagi semalam, terlena di dalam kenderaan, dikejutkan jurukamera bertugas membuat liputan paparan 999.

Saya kemudian bergegas masuk ke rumah di bawah.


Sebaik masuk, saya terdengar suara tangisan anak kecil berusia 12 tahun, kelihatan  memeluk adik lelakinya berusia 10 tahun. Sebak hati saya buat seketika. Apa kesalahannya sehingga terpaksa meraung sedangkan wajah ibu dan ayahnya berusia 30 dan 35 tahun kelihatan selamba, berdiri tanpa riak sesalan di wajah mereka?


"Dah jumpa dah, dia sorong 'barang' dalam bantal," ujar anggota polis berdiri berhampiran saya.


Pasukan serbuan menemui bahan dipercayai pil kuda dan heroin. Pasangan terbabit dilaporkan menjual dadah kepada penagih dari kawasan berhampiran.


"Sebiji pil kuda dijual berapa harga?," tanya saya kepada ayah kepada 4 anak berusia di antara 10 dan 16 tahun itu.

"Dua puluh ringgit," jawabnya.

Lelaki terbabit dilahirkan di Thailand dan kemudian berkahwin dengan isterinya berasal dari Kuala Krai dan mereka disyaki mula menjual dadah secara kecil-kecilan sejak 6 bulan lalu.

Ketika keduanya diiring untuk menaiki kenderaan polis, tangisan anak perempuan mereka mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin kuat. Dua adik lelakinya juga turut menangis sambil memeluk erat tubuh ibu dengan tangan bergari.

Tidak mampu saya menahan airmata daripada mengalir di pipi melihat 4 beranak terbabit berjalan beriringan. Kesilapan ibu dan ayah, anak mereka terpaksa menanggung deritanya. Mengapa kejadian seumpama ini mampu berlaku?


Namun keadaan itu tidak begitu mencemaskan berbanding kejadian berlaku di gerai menjual makanan di Tanjung Kratong pada jam 4 pagi.


Lelaki berusia 20 tahun di dalam gambar di atas dipercayai terlangar dinding ketika cuba melarikan diri bersama beberapa rakan lain berjudi. Mulutnya berbuih, matanya terbeliak dan dia menggeletar, bagai terkena sawan babi.

Saya amat kagum memerhatikan tindakan pantas pegawai dan anggota polis terbabit dalam serbuan. Cif Inspektor Rostam secara tenang membasahkan muka remaja terbabit menggunakan air. Dalam tempoh kurang 3 minit, dia bangun namun kelihatan keliru.

"Awak terlanggar dinding dan lepas itu jatuh dan pengsan ke?," tanya saya.

"Eh! Mana ada saya jatuh dan pengsan!," jawab penganggur terbabit.

Dia dan 5 rakannya berusia di antara 16 dan 28 tahun kemudian dibawa ke IPD Kota Bharu. Pada jam 5.30 pagi dia disahkan positif pil kuda setelah menjalani ujian saringan air kencing.


Huh! Padanlah! Memang bikin suspense!

Sumber : Blog Mazidul Akmal Sidek
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!